PENGIKTIRAFAN
MELAKA & GEORGE TOWN KE SENARAI WARISAN DUNIA
Melaka dan George Town telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia
yang pertama dan kedua dalam kategori tapak budaya. Ciri-ciri budaya dan alam
binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil dari sejarahnya yang gemilang di
mana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun
yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat.
Penyenaraian Melaka dan
George Town berdasarkan kriteria yang digariskan para 77 ‘Operational Guideline
for Implementation’ oleh Persidangan Warisan Dunia. (World Heritage Convention) Pencalonan Melaka sebagai ‘Historic Cities Of The Straits of
Malacca: Melaka and George Town’ bertepatan dengan Nilai Keunggulan Sejagat dan
kriteria-kriteria berikut:-
Nilai
Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Value)
Budaya masyarakat majmuk
di bandar-bandar yang hidup
1) Ciri-ciri bandar yang
hidup dihuni oleh masyarakat pelbagai budaya yang terhasil daripada pengaruh
luaran sejak 1400an hingga sekarang. Ia menunjukan perubahan pada bentuk dan
bandar di Malaysia yang masyarakatnya dan budayanya berkembang di Bandar Melaka
Bersejarah ini.
2) Kriteria II -
“Menonjolkan kepentingan perubahan dalam nilai kemanusiaan, dalam sesuatu
jangkamasaatau di dalam ruang lingkup budaya sedunia, dalam perkembangan seni
bina atau teknologi, kesenian monumen, perancangan bandar dan rekabentuk
landskap”
3) Kriteria III -
‘mengandungi keunikan atau pengaruh yang kuat terhadap tradisi budaya atau
mempengaruhi peradaban yang masih kekal atau yang telah hilang’
4) Kriteria IV - ‘menjadi
contoh yang baik terhadap jenis-jenis bangunan, mengemukakan gaya senibina dan
perkembangan teknologi atau lanskap yang menonjolkan peringkat signifikan dalam
sejarah manusia’
more info for MELAKA
No comments :
Post a Comment