Pulau
Perhentian salah satu destinasi ekopelancongan berasaskan pulau dan pesisir
pantai yang terdapat di Malaysia. Asalnya,
Pulau Perhentian diberi nama berdasarkan tumpuan peniaga Malaysia dan Bangkok
untuk berhenti dan berehat sebelum menyelesaikan urusan mereka atau dianggap
sebagai ‘tempat untuk berhenti’ (http://www.perhentian.com.my). Lokasi pulau ini adalah 10 batu nautika atau
lebih kurang 19 kilometer daripada pesisir pantai di Negeri Terengganu. Keluasan keseluruhan pulau adalah 1,392.15
hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir
yang agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit
dan tebing di mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km. Guna tanah utama di pulau ini ialah
penempatan pelancong dan hutan, manakala wujud hanya sebuah kawasan penempatan
iaitu di Kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil yang berkeluasan 9.87
hektar. Kawasan penempatan ini seluas
9.87 hektar. Penempatan ini telah telibat dengan Program Penyusunan Semula
Kampung nelayan Tradisional. Melalui program ini, pembinaan rumah dilaksanakan
secara lebih teratur dan tersusun (Majlis Daerah Kuala Besut, 2013).
Gugusan kepulauan ini merangkumi 9 buah pulau, iaitu Perhentian Besar,
Perhentian Kecil, Rawa, Tokong Burung, Tokong Bopeng, Susu Dara Kechil, Susu
Dara Besar, Serenggeh dan Tokong Laut (rujuk rajah 1). Hampir kesemua tempat penginapan pelancongan
adalah resort dan terletak di Perhentian Besar. Bot digunakan sebagai alat
pengangkutan bagi menghubungkan Pulau Perhentian dengan daratan. Dari daratan pelancong manaiki bot di jeti
yang terdapat di Kuala Besut. Masa perjalanan bergantung kepada jenis bot yang
dinaiki, sama ada bot laju (setengah jam) atau bot perlahan (satu jam
setengah) (Portal Rasmi Kerajaan Negeri
Terengganu, 2013) . Di Pulau Perhentian
Besar, kawasan-kawasan pelancongan tertumpu di sekitar Teluk Pauh, Pasir Jong,
Teluk Keke dan Teluk Dalam. Pulau Perhentian Kecil pula tumpuan pelancong
adalah di Kampung Pasir Panjang dan Teluk Kerma, Teluk Aur serta di beberapa
tempat di pantai sebelah timur (rujuk peta rajah 1 dan 2). Sebahagian besar di kedua-dua pulau ini masih
diliputi hutan dara dengan spesis pokok seperti Cengal, Balau, Bitangor
Laut,Kelat Laut dan Rhu. Mengikut kajian
yang telah dijalankan terdapat lebih kurang 50 spesis batu karang ditemui di
sekitar pulau tersebut. Antara tumpuan
terumbu batu karang adalah Pantai Tiga Ruang, Teluk Dalam, Tanjung Tukas Laut,
teluk Kerma dan di kawasan perairan antara Pulau Perhentian Kecil dan Pelau
Perhentian Besar Selain itu enam pantai berpasir di Pulau Perhentian juga
menjadi tumpuan Penyu Karah dan Penyu Agar untuk bertelur, walaupun bilangannya
semakin berkurangan (Pelan Pembangunan Penduduk dan Pelancongan Lestari Pulau Perhentian,
2012). Antara pantai tersebut iaitu di
Tanjung Gantung dan Pasir Pengalau di Pulau Perhentian Kecil, manakala di
Pualau Perhentian Besar pula tertumpunya di Pasir Tiga Ruang, Tanjung Tiga
Ruang, Tanjung Tukas Laut dan Tanjung Pinang Seribu. Malahan juga, wujudnya spesis burung
layang-layang (Walet) yang tinggal di dalam gua sekitar Teluk Batu Tabir dan Gua Buaya
(Majlis Daerah Besut, 2013).
Kedudukan Pulau Perhentian di
Malaysia.
Asalnya
pulau ini diduduki oleh komuniti terawal
yang berasal dari Kepulauan Riau. Batin
Mina dikatakan merupakan orang pertama membuka kawasan petempatan di Pulau Perhentian. Ia juga mempunyai 1,393 petempatan yang
didiami oleh penduduk tempatan yang terdiri oleh 98.8 peratus kaum Melayu
beragama Islam. Sebanyak 58.4 peratus
didiami oleh penduduk asal pulau ini, 38.7 peratus adalah pendatang daripada
luar pulau yang merupakan warganegara dan 2.9 peratus pendatang bukan
warganegara Malaysia (Yahaya Ibrahim, 2007).
Sebelum ini aktiviti ekonomi utama bagi penduduk tempatan adalah
perikanan. Setelah kecantikan sumber
yang terdapat di pulau itu dimanfaatkan, industri pelancongan telah berkembang
dengan pesat. Setelah Pulau Perhentian digazetkan sebagai taman laut, aktiviti
perikanan menjadi terhad dan sejumlah besar penduduk terlibat dengan sektor
pelancongan. Pada tahun 2007, didapati
39.9 peratus (69 ketua isi rumah) telah melibatkan diri dalam sektor
pelancongan termasuk sebagai pengusaha chalet (10.4 peratus), pengusaha bot
pelancongan sebanyak 14.5 peratus dan bekerja di pusat pelancongan sama ada
sebagai pembantu atau pemandu pelancong sebanyak 15 peratus. Kini, sektor tradisional di pulau ini
diusahakan oleh kurang 20.0 peratus oleh penduduk pulau (Yahaya Ibrahim, 2007).
Kemudahan yang terdapat di Pulau Perhentian termasuklah pusat peranginan
mewah, chalet bertaraf sederhana dan rendah, asrama serta kawasan perkhemahan.
Tahap kualiti air yang tinggi serta kepelbagaian hidupan marin menyebabkan
banyak aktiviti yang boleh dijalankan seperti scuba, flying fox, snorkeling, menaiki
bot, perkhemahan dan pendaratan penyu (rujuk
(http://www.wonderfulmalaysia.com /perhentian-island). Selain itu juga,
Pulau Perhentian mempunyai beberapa tarikan seperti pulau-pulau lain. Antaranya ialah terdapatnya beberapa laluan
mendaki yang mana tidak mempunyai jalan namun diterangi cahaya dan tidak
mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menyelesaikan pendakian tersebut. Malahan juga, pulau ini diduduki oleh hidupan
liar yang bersaiz kecil seperti kelawar buah-buahan, monyet, dan beberapa spesis
burung pulau. Tarikan seterusnya adalah tarikan
snorkeling. Banyak resort di pulau ini
mempunyai terumbu karang tersendiri, ini bermakna pengunjung boleh snorkel
secara terus dari resort yang didiami. Malah, di sini terdapat banyak pusat
menyelam (scuba diving). Alat-alat menyelam juga boleh didapati
dengan mudah dengan harga sewaan yang berpatutan.
No comments :
Post a Comment