Istilah
globalisasi mula digunakan pada pertengahan kedua dekad 1980-an dan menjadi
paradigma yang berpengaruh sejak tahun 1990-an.
Menurut Waters (1995), globalisasi ialah proses pemampatan masa dan
ruang dalam setiap hubungan social dan kemunculan proses pemampatan tersebut
disedari masyarakat. Proses ini
menyebabkan dunia seolah-olah suatu pasaran terbuka yang tiada sempadan. Seterusnya globalisasi juga boleh dianggap
sebagai “…suatu proses transformasi dunia yang dikatakan bermula dan akan terus
menghubungkaitkan semua kawasan dunia dalam satu system yang agak sejagat
sifatnya…” (Ishak Shari 2000)
Pada masa kini ledakan globalisasi
dikatakan telah meningkatkan lagi aktiviti ekonomi yang bersifat terbuka dan
bebas. “…Berikutan daripada proses
globalisasi yang aktif, persoalan yang penting dan perlu diketengahkan ialah
kemampuan serta daya tahan negara menghadapi cabaran yang begitu mendadak dan
seterusnya menjamin pertumbuhan industry-industri tempatan yang kukuh dan
Berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Industri pelancongan merupakan
antara industry yang paling terdedah kepada proses globalisasi. Appadurai (1995), Lash dan Urry (1994) dan
Cheater (1995) telah mengiktiraf pelancongan sebagai salah satu aspek globalisasi. Industry ini dilihat sebagai “…industry yang
paling pantas berkembang serta mempengaruhi pelbagai perkara meliputi
sosiopolitik, kewangan dan juga ekologi.” (Cheater,1995:125). Ini memandangkan aktiviti pelancongan
diceburi oleh semua golongan, semua perigkat dan semua negara. Oleh itu, impak yang bakal diterima meliputi
semua pihak yang bergiat dalam industry ini, daripada para pengusaha
pelancongan bertaraf korporat, hinggalah kepada operator bot pelancong
kecil-kecilan.
Seterusnya, globalisasi juga
dikatakan menjadi pencetus peralihan arah aktiviti pembangunan pelancongan di
negara membangun daripada berorientasikan domestic kepada global yang bertujuan
untuk memastikan negara memperoleh manfaat yang tinggi dalam pertukaran mata
wang (Dwyer 1997). Kaedah ini digunakan
oleh kebanyakan negara membangun memandangkan keupayaan mereka menggerakkan
proses industrialisasi adalah rendah.
Bagi negara-negara yang masih baharu bergiat dalam bidang ini,
sememangnya bergantung pada negara-negara maju yang telah kukuh menguasai
bidang pelancongan ini dalam konteks mendapatkan pasaran, modal, kepakaran dan
juga teknologi yang berkaitan. Kemasukan
negara membangun ke dalam pasaran pelancongan global juga membuktikan akan
pentingnya industry ini demi pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, dalam usaha mencari alternative
pembangunan ekonomi yang tidak memerlukan modal yang besar, hampir semua negara
membangun memilih industry pelancongan sebagai industry penjana ekonomi. Keadaan ini dapat dilihat semasa sebelum
berlaku kegawatan ekonomi dunia pada hujung tahun 1977, apabila negara-negara
membangun meraih pendapatan berlipat kali ganda melalui industry pelancongan
ini.
Proses globalisasi pelancongan juga
ditandai dengan peningkatan nyah sempadan.
Menurut Mercer (1994), fenomena pelancongan moden telah mempengaruhi
banyak kawasan di dunia ini, dari Antartika ke Amazonia dan seterusnya dari
gurun Sahara ke kawasan pedalaman Asia.
Seiring dengan perkembangan industry ini, masyarakat yang menerima impak
daripada pelancongan moden ini juga turut mengalami perkembangan terbaharu dari
segi pendidikan, perubatan, pertanian, makanan dan sebagainya.
Proses globalisasi pelancongan yang
wujud pada hari ini juga boleh disaksikan melalui peningkatan rangkaian hotel
bertaraf multinasional dan pembentukan pelbagai pakej percutian yang standard
dan berprestij. Ia sebenarnya bertujuan
memenuhi aspirasi pelancong yang mementingkan gaya hidup dan status social yang
tinggi. Kehendak dan cita rasa pelancong
juga telah dibawa dan diperkenalkan di negara-negara Dunia Ketiga yang mereka
kunjungi. Maka wujudlah aktiviti
memanipulasi komoditi pelancongan (symbol dan produk) yang kebanyakannya
digerakkan oleh agensi korporat dan pelancongan multinasional. Proses globalisasi dalam industry pelancongan
ini juga memerlukan objek atau produk pelancongan yang baharu tanpa terhad
kepada cita rasa dan kehendak masyarakat sesebuah negara. Produk tersebut bukan sekadar untuk
mewujudkan keinginan dan fantasi baharu, tetapi juga bertujuan membolehkannya
digunakan, disaksikan, diamati, dibeli, diambil gambar, diceritakan dan
difahami oleh para pelancong.
Penghasilan produk ini amat penting bagi menggiatkan lagi pembangunan
pelancongan di sesuatu tempat dan memperkenalkan budaya kepada para pelancong
asing.
Bagi sesetengah negara pula,
‘Pelancongan Merah Jambu’ telah dijadikan pakej pelancongan antarabangsa dengan
pilihan bersifat global untuk para pelancong yang datang semata-mata untuk
mencari keseronokan. Kini para pelancong
lelaki dari pelbagai pelosok dunia membanjiri negara-negara Asia seperti
Thailand, Korea, Filipina, Taiwan dan Indonesia untuk mencari kepuasan
seks. Ratusan ribu wanita di
negara-negara berkenaan dan juga dari pelbagai negara lain termasuk dari
negara- negara maju (Amerika dan Eropah) telah menawarkan pelbagai perkhidmatan
di Bandar-bandar utama di negara-negara dunia Ketiga ini sebagai pelacur, teman
social, tukang urut, pelakon pertunjukan seks, penari kelab malam dan
seumpamanya.
Seterusnya dari sudut politik,
pelancongan telah dianggap sebagai penggalak integrasi nasional, kerjasama
antarabangsa, kesejahteraan dan keamanan sejagat. Oleh itu kestabilan politik dunia merupakan
perkara yang amat penting dalam mempengaruhi perkembangan industry pelancongan
global . sebarang insiden yang
mencetuskan keadaan yang tidak stabil seperti penculikan pelancong di pulau
pelancongan di Sabah dan serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York
telah memperlihatkan kemerosotan ketara dalam industry ini di negara-negara
tersebut. Kadar perjalanan antarabangsa
telah merundum sehingga menjejaskan banyak pihak terutama syarikat penerbangan
dan agensi pelacongan antabangsa.
Pada hari ini, globalisasi telah
meningkatkan lagi persaingan dalam industry pelancongan. Dasar pintu terbuka tanpa had kepada para
pelancong asing tanpa disedari telah meletakkan sesebuah negara itu sebagai
pesaing di peringkat global bersama-sama negara lain yang telah maju.
nice info..thanks
ReplyDelete