Monday, November 18, 2013

Jom kenali MELAKA

PENGIKTIRAFAN MELAKA & GEORGE TOWN KE SENARAI WARISAN DUNIA
Melaka dan George Town telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia yang pertama dan kedua dalam kategori tapak budaya. Ciri-ciri budaya dan alam binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil dari sejarahnya yang gemilang di mana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat.
Penyenaraian Melaka dan George Town berdasarkan kriteria yang digariskan para 77 ‘Operational Guideline for Implementation’ oleh Persidangan Warisan Dunia. (World Heritage Convention) Pencalonan Melaka sebagai ‘Historic Cities Of The Straits of Malacca: Melaka and George Town’ bertepatan dengan Nilai Keunggulan Sejagat dan kriteria-kriteria berikut:-

Nilai Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Value)

Budaya masyarakat majmuk di bandar-bandar yang hidup

1) Ciri-ciri bandar yang hidup dihuni oleh masyarakat pelbagai budaya yang terhasil daripada pengaruh luaran sejak 1400an hingga sekarang. Ia menunjukan perubahan pada bentuk dan bandar di Malaysia yang masyarakatnya dan budayanya berkembang di Bandar Melaka Bersejarah ini.
2) Kriteria II - “Menonjolkan kepentingan perubahan dalam nilai kemanusiaan, dalam sesuatu jangkamasaatau di dalam ruang lingkup budaya sedunia, dalam perkembangan seni bina atau teknologi, kesenian monumen, perancangan bandar dan rekabentuk landskap”
3) Kriteria III - ‘mengandungi keunikan atau pengaruh yang kuat terhadap tradisi budaya atau mempengaruhi peradaban yang masih kekal atau yang telah hilang’
4) Kriteria IV - ‘menjadi contoh yang baik terhadap jenis-jenis bangunan, mengemukakan gaya senibina dan perkembangan teknologi atau lanskap yang menonjolkan peringkat signifikan dalam sejarah manusia’




more info for MELAKA

No comments :

Post a Comment